“20 Bagasi Setiap Kali Keluar Negara Perkara Biasa” - Che Ta

Ingin tahu apa rahsia Che Ta kekal cantik dan sedondon sekelurga ketika berada di luar negara? Jawapannya terletak pada jumlah bagasi yang dibawa oleh pelakon ini. Bagi Che Ta, jumlah 20 bagasi yang akan dibawanya setiap kali keluar negara adalah normal.

“Biasanya saya yang akan siapkan atau pack sendiri semua baju suami dan anak-anak kerana saya mahu kami anak beranak pakai sedondon setiap hari. Saya akan letakkan setiap pakaian yang akan kami pakai mengikut hari, satu bag untuk satu hari”

“Jadi mudahlah kerana setiap satu bagasi itu saya sudah suai padankan serta dengan rona atau tema yang sama. Selebihnya saya akan asingkan satu bagasi untuk handbag serta kasut-kasut saya pula,” katanya kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun menurut Che Ta, dia mengakui turut berasa penat untuk mengemas sendiri semua bagasi malah dia juga turut fokus denga aktiviti mengemas tersebut yang kebiasaannya mengambil masa sehingga sehari.

Scroll to top