Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik. Bantuan Subsidi RM30,000

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik. Bantuan Subsidi RM30,000
Ramai yang mengeluh dengan gelombang kenaikan harga rumah hari ini. Akhirnya….
Akhirnya dalam pada usaha pihak kerajaan Malaysia mahu membendung ledakan kenaikan harga rumah dan ketidakmampuan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah beli rumah pertama, kerajaan tawarkan bantuan beli rumah pertama yang berbentuk bantuan subsidi RM30,000 kepada anda, anda yang layak.

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome KPT : Bantuan Subsidi Beli Rumah Pertama?

Bersama-sama ini dikongsikan dengan butiran yang membabitkan skim yang cukup baik utnuk anda teliti ini daripada Kementerian Perumahan Tempatan.
  1. Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau skim MyHome
  2. Program dan skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT
  3. Antara objektif atau matlamat utama skim ini ialah membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
  4. Menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
  5. Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  6. Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja. Ayuh segerakan hantar borang permohonan.
Perkara Butiran dan Pautannya
Permohonan online KLIK SINI untuk daftar
Kemaskini KLIK SINI untuk kemaskini
Syarat Kelayakan Warganegara Malaysia
Terbuka kepada pembeli rumah pertama
Setiap isi rumah hanya layak menerima satu unit sahaja
Pendapatan bulanan isi rumah antara RM3 000 hingga RM4 000 bagi jenis Myhome 1
Pendapatan bulanan isi rumah bermula RM4 000 hingga RM6 000 sebulan untuk jenis rumah MyHome 2
Jenis Nilai Bantuan KLIK SINI
Perkara Butiran dan Pautannya
Cara pembayaran Subsidi a) Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
b) Jumlah maksimum subsidi adalah RM30 000
c) Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40 000; sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70 000; maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini; maka rumah RM70 000 akan dijual pada harga RM40 000; dan baki RM30 000 dibayar kerajaan.
Hubungi Jabatan Perumahan Negara; Aras 30-38; No 51 Persiaran Perdana; Presint 4; Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya
Telefon Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan MyHome di 03-8891 4313; 03-8891 4317 atau 03-8891 4322.
P/S : Berminat daftar Borang Permohonan Skim Myhome bagi tujuan beli rumah pertama anda?

Incoming search terms:

Related Search