Elak Baju Dalam Almari Dari Berbau Hapak Dengan 3 Tips Ini

108 views

clothes-in-closet

Bila baju terlalu lama terperap dalam almari mulalah baju tu berbau hapak. Rasa tak selesa dan kadang kala timbul perasaan seperti orang di sekeliling turut menghidu bau tersebut.

Ni kami ada tips untuk pastikan baju dalam almari anda tidak berbau hapak tanpa mengeluarkan kos yang banyak.

1. Serbuk Kopi ā€“ Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi ke dalam bekas atau tin yang bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Tak perlu isi serbuk kopi tu penuh satu tin, separuh pun boleh.

2. Sabun Buku ā€“ Sabun yang terdedah pada suhu bilik, mampu menghasilkan bau yang kuat untuk menjadikan bau pakaian anda lebih wangi. Pilih jenis bau sabun kesukaan anda dan letakkan sabun itu di atas satu lapisan kain nipis di dalam almari.

3. Uncang Herba ā€“ Isi uncang kapas dengan herba kesukaan anda. Contohnya bunga lavender atau serai, kemudian gantungkan atau letakkan di dalam almari yang bertutup.

Sumber: Wanista

Carian yang berkaitan: