Harga Minyak Masak Dalam Paket Kekal, Minyak Masak Dalam Botol Ikut Harga Pasaran Berkuatkuasa 1 Nov

PUTRAJAYA, 26 Okt – Harga minyak masak paket 1 kilogram kekal RM2.50, manakala harga minyak masak dalam botol akan mengikut harga pasaran berkuatkuasa 1 Nov.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

Tanpa penstrukturan semula minyak masak, kerajaan terpaksa membelanjakan hampir RM100 juta sebulan untuk menanggung subsidi minyak masak untuk bulan Nov dan Disember,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sumber: Bernama

Carian yang berkaitan: