Hoki: Malaysia Benam China 5 – 1

71 views

Kuantan, 21 Okt – Pasukan Hoki Malaysia berjaya menewaskan China 5-1 dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Kuantan malam ini.

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia menggungguli permainan dengan mata 3-0 manakala separuh masa kedua pula menyaksikan Malaysia mendapat 2 lagi mata.

Bagaimanapun, China berjaya membolosi benteng Malaysia pada separuh masa kedua dengan satu mata.

Penjaring Malaysia:
Haziq Samsul (minit ke-6 dan 20), Fitri Saari (ke-22), Shahril Saabah (ke-37) dan Firhan Ashari (ke-54)

Penjaring China:
Wang Bowen (ke-33)

Sumber: Bernama

Carian yang berkaitan: