Janna Nick Batal Hasrat Tarik Diri Daripada Muzik-Muzik 31

267 views

Sebelum ini, pelakon Janna Nick mengambil keputusan untuk menarik diri daripada separuh akhir Muzik-Muzik 31 yang bakal berlangsung pada 4 November nanti ,  kerana sedar vokal serta kemampuan beliau sebagai penyanyi  yang tidak berpengalaman.

Namun,  beliau telah membatalkan hasratnya untuk menarik diri setelah dipujuk oleh penulis lirik serta komposer lagu Mungkin Saja iaitu Kunci Demak.
Saya terbabit dalam bidang nyanyian hanya suka-suka dan bukan untuk bertanding. Saya tak pernah menyimpan cita-cita untuk bersaing atau sebaris dengan penyanyi handalan sedia ada. Dalam erti kata lain, saya masih sedar diri.
Saya sedar kemampuan dan kualiti vokal saya, malah apabila muncul dengan single ini saya tahu di mana kedudukan saya. Jadi saya tak kisah sekiranya kalah dalam bidang muzik.
Janna sekaligus telah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau tidak boleh menyanyi secara langsung. Untuk pengetahuan anda, itu juga salah satu sebab Janna mahu berundur daripada program berkenaan.
Saya selalu menyanyi secara langsung. Ketika merakamkan lagu Mungkin Saja ia menggunakan suara asli saya dan bukannya ‘auto tune’.
Berilah peluang untuk Janna Nick membuktikan beliau juga mampu menjadi seorang penyanyi. Siapa tahu ada rezeki boleh ke peringkat final.

Carian yang berkaitan: