Jika Anda Seorang Peniaga, Anda Wajib Mengeluarkan Zakat Jika Cukup 5 Syarat Ini

Zakat merupakan rukun Islam ke empat. Dan sekiranya seseorang itu gagal menunaikan zakat, maka tidak lengkaplah rukun Islamnya.

Antara punca rukun ini gagal disempurnakan adalah orang Islam itu sendiri tidak tahu dia wajib mengeluarkan zakat. Jadi, jika anda memenuhi enam syarat ini, anda wajib mengeluarkan zakat.

1 – Merdeka 
Bukan hamba kepada manusia lain.

2 – Sempurna Milik
Harta yang anda miliki adalah kepunyaan anda dan anda berhak menguruskan harta-harta itu.

3 – Cukup Haul
Tempoh pendapatan sudah cukup setahun

4 – Cukup Nisab
Harta yang diperoleh sudah capai tahap perlu bayar zakat.

5 – Niat Berniaga (Untuk peniaga sahaja)
Sekiranya anda seorang peniaga; biarpun kecil-kecilan; anda wajib mengeluarkan zakat.

Selain itu, beberapa punca lain juga menjadi penyebab mengapa orang Islam tidak menjalankan ibadah zakat dengan sempurna iaitu tidak tahu dimana ia patut disalurkan,  anggap perniagaan kecil-kecilan tidak perlu berzakat, tiada masa dan memilih untuk mengagihkan sendiri.

Jadi, kami akan pecahkan punca-punca ini menjadi pecahan bagi menyenangkan pemahanan untuk berzakat.

1 – Tidak tahu dimana patut disalurkan
Di Malaysia, kuasa pengutipan zakat adalah termaktub kepada kerajaan negeri masing-masing yang bermakna, setiap negeri sudah mempunyai badan yang bertanggungjawab untuk mengutip zakat. Seperti contoh, mereka yang bekerja di Kuala Lumpur boleh membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi saluran yang boleh dirujuk di https://www.zakat.com.my/kaunter.

2 – Tidak Tahu Kira

Pihak PPZ MAIWP telah melaraskan beberapa cara untuk mengira kadar zakat berdasarkan saiz perniagaan. Ini adalah tiga kaedah pengiraaan sepertimana yang diberikan oleh PPZ MAIWP.

a) Kaedah pengiraan 1 – Modal Kerja (Working Capital)
          (Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan)* x %   Pemilikan Saham Muslim x 2.5%
*Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat Berhad, Sdn Bhd, Koperasi, Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.

 b) Kaedah Pengiraan 2 – Modal Berkembang (Growth    Capital)
         (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap –       Aset           Separuh Tetap +/- Pelarasan) * x % Pemilikan    Saham      Muslim x 2.5%
*Sesuai digunakan bagi institusi kewangan dan perbankan     Islam yang biasanya tidak mengkelaskan aset semasa danliabiliti semasa.

 c) Sekiranya tiada akaun
*Kaedah pengiraannya: Untung bersih x 2.5%. Contoh para peniaga pasar malam, gerai dan lain-lain lagi.

Tak dinafikan kaedah pengiraan ini sedikit kompleks. Jadi, untuk memudahkan proses pengiraan, pihak MAIWP telah mencipta kalkulator atas talian untuk mengira zakat di https://www.zakat2u.com.my atau boleh hubungi terus pihak PPZ MAIWP di talian Talian Zakat 1-300-88-5757 untuk pembayaran.


3 – Tiada masa
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pihak MAIWP turut menyediakan cara pembayaran zakat secara atas talian, khusus bagi orang ramai yang kesuntukan masa untuk membayar zakat.

Pembayaran boleh dibuat secara online di laman https://www.zakat2u.com.my/payment/fast.


4 – Memilih untuk mengagih sendiri
Ada juga dalam kalangan pembayar zakat yang suka mengagihkan zakat tanpa melalui saluran yang ditetapkan atau mengagihkan sendiri zakat. Tapi, cara ini boleh menimpulkan beberapa persoalan iaitu :
1. Bagaimana status asnaf (penerima zakat) itu ditentukan?
2. Adakah mereka benar-benar layak?
3. Wang zakat hanya untuk 8 golongan asnaf
4. Ramai yang mengagihkan zakat mereka kepada ibu tunggal dan anak yatim sedangkan ianya tiada dalam senarai 8 golongan asnaf

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai zakat, orang ramai khususnya para peniaga boleh melayari http://www.maiwp.gov.my/i/.

Carian yang berkaitan: