Kamal Adli bakal merisik Emma Maembong?

Pada: Selasa, 25 Oktober 2016
Artis Bercinta, Emma Maembong, Gossip Artis, Kamal Adli, Kekasih Artis, Merisik, Pelakon,
Dengar cerita yang pasangan dua sejoli, Kamal Adli dan Emma Maembong, status hubungan mereka akhirnya terjawab apabila Miss J daripada Utusan Online melaporkan Emma bakal “diikat” dengan Kamal.

Difahamkan, satu majlis merisik bakal diadakan pada penghujung tahun ini bagi menandakan Emma milik Kamal seorang. Wah, nampaknya hubungan mereka sudah ke tahap yang lebih serius.

Malah, kedua-dua belah keluarga sudah mencapai persetujuan untuk mengadakan majlis berkenaan. Khabarnya, Emma sebenarnya sudah lama bersedia untuk menjadi seorang isteri.

Tag : Artis Bercinta , Emma Maembong , Gossip Artis , Kamal Adli , Kekasih Artis , Merisik , Pelakon

Scroll to top