Mayat Mohd Shukri Ditemui

106 views
Mayat Mohd Shukri ditemui nelayan pada tiang jambatan P88 | Foto – Netizen
NIBONG TEBAL – Mayat Mohd Shukri Saad, 38, yang dilaporkan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Rabu lalu, telah ditemui pada jam 9 pagi tadi, lapor Harian Metro. 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mayat Mohd Shukri ditemui oleh nelayan pada tiang P88 jambatan berkenaan, empat kilometer dari lokasi kejadian. 
“Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang.
“Mayat akan dihantar kepada pihak hospital untuk bedah siasatan dan pengecaman,” katanya. 

Incoming search terms:

loading...
loading...