Nabil Kerugian Hampir RM200,000!

35 views
Pada: Isnin, 31 Oktober 2016
Ahmad Nabil, Berita Artis, Instagram, Pelawak,

Dengar khabar yang Nabil Ahmad kerugian hampir RM200,000 apabila laman sosialnya yang dimaklumkan digodam beberapa hari lalu dengan kehilangan 1.2 juta pengikut.

Kerugian itu berdasarkan beberapa buah syarikat untuk mempromosikan produk mereka diatas populariti laman sosial Nabil

“Saya sepatutnya menyambung kontrak dengan satu produk membabitkan jumlah RM150,000. Apabila akaun digodam, kontrak itu tidak dapat disambung kerana antara syarat perjanjian, jumlah pengikut di laman sosial saya perlu melebihi satu juta. Beberapa kontrak lain turut dibatalkan membabitkan jumlah puluhan ribu.

“Saya juga terpaksa memulangkan wang pendahuluan dan bayaran diterima daripada pengeluar produk kerana kerja promosi yang tidak sempat diselesaikan apabila Instagram digodam. Jumlah kerugian itu bukan kecil, tetapi saya reda kerana mungkin ia bukan rezeki saya,” katanya kepada Bharian Online.

Nabil yang mewujudkan akaun Instagram baharu, bagaimanapun bersyukur apabila jumlah pengikutnya semakin meningkat. Hampir sebulan akaun itu diperkenalkan, jumlah pengikutnya meningkat hampir 170,000.

Tag : Ahmad Nabil , Berita Artis , Instagram , Pelawak

Incoming search terms:

loading...
loading...