Nak Tahu Apa Maksud Anak Panah Pada Simbol Tangki Minyak Kiri, Kanan?

fuel640_1

Oleh: Aimi Nordin Sumber: Buzzfeed

Bila bawa kereta nak isi minyak, ramai yang ada dalam situasi “Eh tank belah mana eh? Kiri ke kanan eh?”

Baik korang mengaku korang macam ni ke tak? Terutama sekali bila kita pinjam kereta kawan atau bawa kereta orang lain tak tahu tank belah mana kan. Itu lah sebabnya ada simbol anak panah sebelah simbol tangki minyak pada dashboard kereta tu.

Kalau anak panah pada belah kiri maksudnya tangki minyak pada belah kiri, kalau belah kanan maksudnya tangki minyak pada belah kanan. Jadi, tak perlu dah nak terjenguk-jenguk cari tangki belah mana.

Carian yang berkaitan: