Pasangan Curi Mangkuk Tandas, Mohon Maaf

58 views
toilet

Screenshot dari CNNB.com

Kegilaan apakah ini sehingga dua orang pelancong sanggup mencuri mangkuk tandas dari sebuah hotel yang didiami mereka.

Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Li dan Chen dari China terpaksa memulangkan semula mangkuk tandas yang dicuri dari sebuah hotel di Nagoya, Jepun.

Insiden kecurian itu telah disedari oleh pihak hotel yang terus bertindak membuat laporan polis.

Pasangan itu menyangka ‘barangan’ tersebut merupakan milik tetamu lain yang ditinggalkan sebelum itu.

Kedua-duanya telah membuat permohonan maaf secara online dan berjanji insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi.

Sumber: straitstimes.com

Carian yang berkaitan: