Selepas 24 Jam Dalam Tahanan Polis, Hang Cangkul Berdepan Dengan Staff SAJ Yang Dipukul Tempoh Hari. Lihat Respon Mereka Berdua Yang Penuh Emosi

Klik VIDEO di Bawah :

Johor Bahru, 19 Okt: Sejak semalam menjadi viral di laman sosial dua video dan beberapa keping gambar yang menunjukkan dua orang lelaki telah bertindak keras cuba mencederakan pekerja kontraktor yang dilantik SAJ yang ditugaskan membuat pemotongan bekalan air di Jalan Air Hitam, Kampung Melayu, Kulai.

Berikutan video viral tersebut, pihak polis mengesahkan telah menahan dua lelaki berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, mereka telah berjaya menahan kedua-dua suspek semalam di lokasi dan pada waktu berasingan.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira 2 pagi tadi, kita menahan suspek pertama berusia 36 tahun di Jalan Indahputra, Kulai, manakala suspek kedua berusia 19 tahun ditahan di Kampung Melayu, Kulai pada 3.45 pagi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut,” katanya.

Beliau dalam pada sama mengingatkan bahawa melakukan sebarang tindakan kekerasan adalah bertentangan dengan lunas undang-undang adalah suatu kesalahan.

Mereka telah diserang oleh dua orang lelaki yang tidak berpuas hati dengan pemotongan air berkenaan menyebabkan mangsa telah ditumbuk dan ditendang.

Mangsa dan rakannya juga diugut akan dicederakan dengan menggunakan sebatang cangkul.

Akibat kejadian itu mangsa dan rakannya mengalami kecederaan ‘soft tissue’.

Sumber

Carian yang berkaitan: