Taktik Kotor Wanita Ini Terbongkar Jual Hadiah Telefon Untuk Beli Rumah

iphone7-plus-474a6437

Nak beli rumah bukannya mudah. Ia memerlukan masa serta tenaga untuk mengumpul wang yang banyak bagi membeli sebuah rumah.

Berlainan pula dengan kisah wanita dari China ini, dia tidak perlu bersusah payah kerana dia mempunyai cara yang lebih pantas serta licik untuk membeli rumah dengan mudah.

Xiaoli, dari Shenshen, China berjaya mengumpul wang berjumlah 115,010 yuan (RM71,000) dengan meminta kesemua teman lelakinya seramai 20 orang untuk membelikannya sebuah iPhone 7 setiap seorang.

Dia kemudiannya menjual kesemua telefon dengan harga RM3500 setiap satu secara online di Hui Shou Nao.

Penjualan iPhone itu kemudian disahkan oleh Hui Shou Bai kepada Portal BBC.

Kisah Xiaoli ini telah mendapat perhatian ramai dan ia telah dikongsikan di platform media sosial yang popular di China iaitu Weibo dam menerima 13 juta komen dengan hashtag ’20 mobiles for a house’.

Sumber: Siakap Keli

Scroll to top