TERKINI: (Video&Gambar) Pesawat American Airlines Terbakar, 20 Orang Dilaporkan Cedera

CHICAGO: Kira-kira 20 penumpang cedera apabila pesawat Boeing 767 American Airlines ke Miami terbakar pada Jumaat ketika cuba berlepas dari lapangan terbang O’Hare di Chicago.

Kebakaran berlaku di atas pesawat 383, dengan 161 penumpang dan sembilan anak kapal, ketika ia berada di atas landasan di salah satu lapangan terbang paling sibuk di negara itu.

 “Kami memindahkan kira-kira 20 pesakit yang mengalami kecederaan ringan ke beberapa hospital,” kata jurucakap Jabatan Bomba Chicago, Juan Hernandez.

Beliau menggambarkan kecederaan sebagai lebam dan kecederaan di buku lali yang berlaku ketika penumpang keluar menerusi gelungsur kecemasan.

“Kami mengambil berat mengenai pelanggan dan kru dan menempatkan semula penumpang dalam penerbangan lain ke Miami petang ini,” kata American Airlines dalam kenyataan.

Punca kejadian masih belum diketahui, dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan syarikat penerbangan memberikan maklumat bercanggah.

FAA berkata, tayar pesawat pecah tetapi jurucakapnya, Tony Molinaro, berkata ia adalah maklumat awal dan berdasarkan laporan juruterbang.

Dalam kenyataan berasingan, American Airlines menyalahkan isu berkaitan enjin sebagai punca kejadian. Pegawai Jabatan Bomba Chicago, Timothy Sampey, berkata salah satu enjin pesawat itu terbakar. – Siakapkeli.my

— Air Disasters (@AirCrashMayday) October 28, 2016

— Joel Franco (@OfficialJoelF) October 28, 2016

Incoming search terms:

loading...
loading...