[Video] Lelaki Ini Selalu Curi Kereta Tapi Siap Cuci Dan Isi Minyak Sebelum Pulangkan

stole

Pinjam barang tanpa minta izin tu dah mencuri namanya. Di China, seorang lelaki telah menggunakan beberapa jenis kereta mewah tanpa pengetahuan pemilik kereta itu. Pencuri yang licik itu akan menggunakan kereta-kereta mewah tersebut pada waktu malam dan akan memulangkan kembali kereta itu ke tempat asal, siap cuci dengan isi minyak sekali.

Insiden ‘meminjam’ kereta itu telah disedari oleh pemilik kenderaan berkenaan yang terus bertindak membuat laporan polis.

Ketika sepasukan polis datang menyiasat mereka mendapati kereta yang hilang ada di tempat asal. Mereka kemudiannya memeriksa cctv dan mendapati seorang lelaki muncul di tengahmalam dan memandu kereta itu pergi dan kembali semula pada awal pagi.

Mereka memasang perangkap dan menunggung Zhang pada keesokan harinya.

Zhang, 19, ditangkap polis atas kesalahan mencuri. Dia memberitahu pihak polis bahawa dia tidak berniat untuk mencuri kereta tersebut, dia hanya menggunakan kereta itu untuk menunjuk-nunjuk kepada orang sekeliling sengan imej sebagai seorang lelaki bujang yang kaya raya.

Zhang dipenjara selama 15 hari dan didenda RM 300 serta dia mungkin akan dikenakan denda lain.

stole2

Sumber: Siakap Keli

Carian yang berkaitan: