Watak Juruterbang Fattah Amin Dikritik : Michael Ang Bidas Komen Netizen

Baru-baru ini, ada sesetengah pihak mengkritik watak Fattah Amin sebagai juruterbang didalam drama Suri Hati Mr. Pilot arahan Michael Ang.

Mereka tidak boleh menerima babak apabila Fattah sebagai juruterbang yang bekerja seperti waktu pejabat didalam drama berkenaan.

Membidas komen netizen, Michael yang sudah membuat kajian sebelum mengarahkan drama berkenaan berkata, beliau tahu jadual seorang juruterbang yang bukannya sepanjang masa tidak pulang ke rumah.

Saya mengkaji setiap watak yang saya berikan kepada pelakon. Sebagai juruterbang kalau sekadar bekerja untuk perjalanan dalam negara adalah perkara biasa jika mereka pulang ke rumah setiap hari.

Ada juga babak yang saya tonjolkan Fattah tidak pulang ke rumah dan Neelofa pulang ke rumah ibu bapanya. Sepupu saya juga seorang juruterbang dan saya tahu jadual kerjanya bagaimana.

Buat Michael, ada penonton yang terlalu taksub sehingga mereka ingin mengambil tahu setiap perkara didalam drama.

Drama ini hanya 16 episod dan saya tidak boleh bercerita terlalu teliti mengenai kerjaya seorang juruterbang. Drama ini lebih kepada kisah hidup Ejaz dan Warda. Kalau hendak cerita keseluruhan kisah juruterbang baik saya buat tajuk cerita Kisah Hidup Seorang Juruterbang saja. 

Incoming search terms:

loading...
loading...