Air Pasang Besar Di Petra Jaya & Samariang, Keadaan Masih Terkawal


Kuching, 16 Nov: Beberapa kawasan di Petra Jaya, Samariang dinaiki air ekoran fenomena air pasang besar sejak petang tadi namun bomba berkata keadaan masih dalam keadaan terkawal.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, keadaan itu tidak menyebabkan penduduk dipindahkan ke kawasan lebih inggi.

Tambah beliau lagi, air mula naik di kawaasn rendah sejak jam enam petang tadi susulan hujan lebat yang menyebabkan air sungai melipah.

Katanya, setakat ini bomba masih dalam keadaan berjaga-jaga dan aset seperti bot sudah sedia untuk digerakkan sekiranya paras air meningkat.

Penduduk dinasihatkan untuk tidak cemas dan sentiasa peka dengan paras air di kawasan rumah masing-masing,” katanya.

 Sumber: Harian Metro

Carian yang berkaitan: