Anak Gajah Ini Sanggup Seberang Sungai Demi Menyelamatkan Tuan Yang Disangkakan Lemas

screen-shot-2016-11-02-at-2-58-06-pm

Oleh Syazwan Aizad. Sumber Youtube

Pusat Penjagaan Gajah di Chiang Mai, Thailand telah merakamkan detik-detik istimewa dimana seekor gajah dilihat sanggup menyeberangi sungai demi menyelamatkan tuan nya yang disangkakan lemas.

Anak gajah yang diberi nama Kham Lha dirakam sedang berlari menyeberang sungai yang kedalamannya melebihi separuh ketinggian anak gajah itu, apabila melihat tuannya, Darrick Thomson seakan-akan lemas.

Menurut Pusat Jagaan Gajah ini, pada tahun 2015 anak gajah itu diselamatkan oleh Thompson bersama dengan ibunya.

“Kami percaya, jika kita menyayangi haiwan, haiwan juga akan menyayangi kita” kata Pusat Jagaan Gajah itu yang sehingga kini telah menyelamatkan lebih daripada 70 ekor gajah.

screen-shot-2016-11-02-at-2-58-20-pm

Scroll to top