Di China, Pemandu Yang Memandu Dengan Lampu Tinggi Dihukum Tenung Cahaya Lampu Itu Selama 1 Minit

SHENZHEN – CHINA. Polis di selatan China mendenda pemandu yang menggunakan lampu tinggi dengan mengarahkan mereka merenung cahaya lampu selama satu minit.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Weibo Polis Trafik Shenzhen, pemandu dikehendaki duduk di kerusi dan diarahkan merenung lampu kereta yang terpasang selama satu minit.

“Malam ini kami menjalankan denda ke atas pemandu yang menggunakan lampu tinggi,” tulisnya.

Posting tersebut mendapat 87,000 likes dan dikongsi lebih 93,000 kali.

Memetik media tempatan, selain didenda merenung lampu selama 60 saat, pemandu yang melakukan kesalahan itu turut dikenakan denda 300 yuan (RM 185).

Kaedah denda seumpama itu berdepan kritikan ketika diperkenalkan pada tahun 2014, namun di jalankan semula pada Selasa lalu.

Rata-rata bersetuju dengan tindakan yang diambil pihak berkuasa sebagai pengajaran kepada pemandu yang mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa.

Tahun lalu, polis trafik Shenzhen turut menjalankan hukuman kepada pejalan kaki yang melanggar undang-undang dengan menyuruh pesalah mengawal lalu lintas dengan memakai topi hijau dan jaket jika tidak mahu membayar denda yang dikenakan.

Carian yang berkaitan: