Dik, Sudah-sudahlah Menipu Diri Sendiri! – Ramli MS

154 views
Pada: Khamis, 17 November 2016
Berita Artis, Elly Mazlein, Komposer Lagu, Pengarah Filem, Program Realiti, Ramli MS,

Juri tetap Gegarvaganza musim ketiga (GV3), Datuk Ramli MS menempelak kelompok peminat fanatik selebriti supaya jangan berterusan menghuru-harakan kehidupan sendiri disebabkan isu artis.

Katanya, kepada individu yang gemar memaki hamun dan mengata, secara sinis beliau menasihatkan mereka supaya belajar menghormati diri sendiri dahulu.

“Pada yang nak hamun, mengata, sila hormat diri sendiri. Kau masuk rumah orang sesuka hati, tetapi ‘private’ rumah kau. Jangan huru-harakan kehidupan kau.

“Tiada guna saya menyekat anda kerana tidak mustahil anda buka akaun palsu lain. Adik, sudah-sudahlah menipu diri sendiri. Cepat atau lambat kau kena hadapi kenyataan dalam bentuk positif,” katanya dalam status Instagram, semalam.

Tag : Berita Artis , Elly Mazlein , Komposer Lagu , Pengarah Filem , Program Realiti , Ramli MS