Dira Abu Zahar Tekad Mahu Bercerai

70 views

KUALA LUMPUR – Pelakon Dira Abu Zahar yang sebelum ini berdolak-dalik tentang status rumah tangganya bersama pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof akhirnya mengesahkan mereka kini dalam proses bercerai selepas perkahwinan selama lima tahun itu gagal diselamatkan.

Image result for dira abu zahar suami

Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 32, yang sudah tidak tinggal sebumbung bersama Helmi, 38, sejak Jun lalu menegaskan, perpisahan itu merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Walaupun begitu, hubungan mereka masih baik.

“Sebenarnya sekarang kami sedang menunggu panggilan daripada pihak Mahkamah Syariah untuk bercerai. Namun, tidak perlu untuk saya mendedahkan butiran terperinci mengenai perpisahan kami,” katanya ketika ditemui di Red Garage, Kuala Lumpur baru-baru ini.

loading...
loading...