(Foto) 60 Jengkaut, 100 Lori Pasir Diguna Untuk Selamatkan Budak Jatuh Dalam Perigi Kering 40 Meter

China – Berdozen-dozen penyelamat di China kini sedang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak lima tahun yang terperangkap di dalam perigi kering sedalam 40 meter.

Menurut BBC, sebanyak 60 jengkaut dan 100 lori pasir digunakan untuk tujuan menyelamat.

Sehinga kini, proses menyelamat masih giat dijalankan.

Kanak-kanak itu terjatuh ke dalam perigi sedalam 40 meter di Baoding, wilayah Hebei pada pagi Ahad.

Menurut laporan, dia sedang membantu bapanya menuai sayuran ketika kejadian. Kini, keadaan kanak-kanak itu belum diketahui.

Bagaimanapun, oksigen, makanan dan air telah pun dibekalkan. Perigi berdiameter 30 cm itu tidak mampu memuatkan orang dewasa untuk masuk ke dalam.

Selepas dua hari mengorek, penyelamat hanya mampu mengorek sedalam 13 meter sahaja.

Perigi itu sudah tidak digunakan selama lima tahun dan di kawasan sekitar, tiada sebarang tanda yang memberi amaran kewujudan telaga tersebut.

Perigi itu hanya berdiameter 30 cm dan tidak mampu memuatkan orang dewasa.
Kawasan seluar 800 meter persegi dikosongkan untuk tujuan penyelamatan.
Proses mengorek diteruskan biarpun di waktu malam.

60 jengkaut dan 100 lari pasir digunakan untuk mengorek pasir di kawasan itu.

Bapa kanak-kanak itu berterima kasih kepada penyelamat yang berusaha menyelamatkan anaknya.

Keluasan yang berjaya dikorek setakat ini.

Carian yang berkaitan: