(Foto & Video) Hampir 1,000 Berbaris Isi Minyak Percuma Sumbangan Pesara


SUNGAI PETANI: Hampir 1,000 penunggang motosikal berbaris panjang bagi mengisi minyak petrol secara percuma yang disumbangkan seorang pesara di sebuah stesen minyak, dekat Tikam Batu, di sini sejak awal pagi tadi.

Minyak petrol percuma itu disumbangkan oleh bekas pegawai Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD) Kuala Muda, Abdul Ghani Haron, 60.

Tinjauan BH mendapati, beratus penunggang motosikal terdiri pekerja pelbagai sektor sekitar daerah ini berbaris panjang di Shell Tikam Batu bagi mengisi minyak percuma bermula jam 6.30 pagi.

Abdul Ghani berkata, sumbangan petrol percuma itu adalah sebahagian daripada program sedekah jariah yang dilakukan bersama rakan-rakannya dalam usaha meringankan beban masyarakat .

"Bukan untuk menjadi popular tapi sekadar melakukan sedekah jariah, malah bukan minyak saja yang diberi tapi pelbagai barangan lain kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Sumber: BH Online

Scroll to top