Gambar Terkini Vokalis Kumpulan Boboy, Yang Popular Sewaktu Dengan New Boyz

Gambar Terkini Vokalis Kumpulan Boboy, Yang Popular Sewaktu Dengan New Boyz



Penyanyi kumpulan Boboy, Naqiu pernah mendapat tempat di hati penggemar muzik lebih sedekad lalu.

Kumpulan ini berjaya berdiri sebaris dengan beberapa kumpulan remaja lain seperti New Boyz dan Spin ketika itu.

Begitupun, kegemilangan mereka tidak bertahan lama apabila nama kumpulan itu semakin dilupakan.

Namun bagi penyanyi utamanya, Naqiu perjalanan seninya tidak terhenti di situ apabila beliau terus aktif menyanyi walaupun bukan di pentas mainstream.

Ini komennya:

Masih Menyanyi

"Saya masih menyanyi dan dunia nyanyian bagaikan tak mampu dipisahkan daripada diri ini. Cuma, pentas saya kini bukan lagi di arena muzik komersial. Zaman popular saya sudah habis.

"Sejak 10 tahun lalu, saya menyanyi di kelab malam.

"Bahkan, ketika di penghujung kontrak Boboy bersama syarikat rakaman, saya sudah mula berjinak-jinak dengan nyanyian di kelab.

"Menyanyi di kelab pula memerlukan saya membawa pelbagai genre muzik. Biasalah, kita kena ikut permintaan pelanggan dan tetamu yang hadir ke situ.

Ketika menyanyi di kelab juga saya banyak belajar mengenai perihal muzik, termasuk cara nyanyian yang betul.

"Malah, apa yang saya timba itu langsung tidak saya peroleh ketika menyanyi pada zaman remaja dulu,"

Dah Kahwin

"Sudah enam tahun saya berkahwin dan kini mempunyai empat anak yang berusia antara satu hingga empat tahun,"

Jom lihat gambat terkini Naqiu dan isteri serta anak-anak.




Scroll to top