Ini Respon Izreen Azminda Tentang Bakal Jadi Datin, Buat Pendedahan Mengejutkan

Ini Respon Izreen Azminda Tentang Bakal Jadi Datin, Buat Pendedahan Mengejutkan

Semalam ada laporan tentang Izreen Azminda bakal bergelar Datin apabila kini rapat dengan ahli perniagaan bergelar Datuk.

Akhirnya pelakon ini tampil memberi respon tentang hal ini:

Terkejut Dengan Gosip

“Saya terkejut juga pada mulanya tetapi bila fikirkan kembali ia sangat kelakar kerana gosip itu sama sekali tidak benar.

“Saya sendiri tak tahu bagaimana gosip itu boleh keluar sedangkan saya kini tidak menjalinkan hubungan cinta pun dengan mana-mana lelaki.

Pengumuman Mengejutkan Ramai

“Bagaimana pula dalam gosip itu memberitahu saya menjalinkan hubungan cinta dengan share partner dalam perniagaan perfume saya, sedangkan share partner saya itu tidak begelar Datuk malah seorang perempuan.

“Saya tidak cepat melatah dengan gosip-gosip sebegini kerana sudah biasa dan pernah laluinya sebelum ini,”

Tiada Hubungan Dengan Sesiapa

“Terus-terang saya masih lagi sendiri dan belum menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki.

“Bukan tidak mahu bercinta tetapi saya tidak tergesa-gesa untuk mencari teman hidup.

“Lagipun bukan mudah untuk mencari lelaki yang boleh menerima anak saya seperti anaknya juga.

“Justeru saya kini memberi fokus lebih pada perniagaan wangian saya,”

Itulah penjelasan dari Izreen. Ternyata ini hanya gosip sahaja, apatah lagi share partner dalam bidang perniagaan itu ialah wanita.

Carian yang berkaitan: