Isteri Cari Suami Sampai Jumpa, Hayun Parang Selepas Suami Keluar Minum Tak Beritahu

Bangkok – Seorang isteri yang berang bertindak mencari dan menghayun parang kepada suaminya di tengah-tengah kesibukan jalan di sini.

Menurut Dailymail, wanita berkenaan memandu untuk mencari suaminya di tengah-tengah kesibukan jalan raya.

Saksi kejadian berkata: “Berdasarkan apa yang diberitahu kepada suami, sepertinya dia keluar berparti sepanjang malam tanpa memberitahunya”

Dia tidak main-main. Dia menyuruh suaminya itu masuk ke dalam kereta dan balik rumah

Sebenarnya kejadian ini agak menakutkan kerana dia membawa kereta bersama parang dan menghayunkannya di jalanan“, katanya.

Video kejadian menjadi viral setelah dimuatnaik ke internet minggu ini.

Menerusi video tersebut, wanita itu terlihat suaminya sedang bersarapan di sebuah gerai di jalan itu dan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.

Dia kemudian menghampiri suaminya itu dan menghayun parang panjang kemudian menyuruhnya pulang ke rumah.

Sumber: Dailymail

loading...
loading...