Isu Cukai : Che Ta Mengamuk Di IG Dan Panggil Followers Sebagai BERUK ! Apa Punca Ni??

Tidak tahan terus dituduh mengelak membayar cukai walaupun mempunyai gaya hidup yang mewah, Rozita Che Wan dikatakan mengamuk selepas seorang pengikutnya memberikan komen berbentuk provokasi. Menerusi laman Instagram, Che Ta yang berang dengan kenyataan lelaki itu membidas komen lelaki itu mengenai kemampuannya menyelesaikan cukai tertunggak.

“Eh bequkkkkkk! Aku bukan tak bayar income tax! Lain Kali kena tau dulu sebelum nak bercakap! Aku bayar income tax dekat sejuta setahun! Tapi MASIH TAK CUKUP!! Bukan aku tak bayar bodoh!,” tulisnya menerusi laman sosial membidas kritikan pengikutnya yang mendakwa beliau sengaja mengelak untuk membayar cukai sehingga disekat keluar negara.

Dalam masa yang sama, Che Ta dan individu yang dikenali sebagai Afif PLC turut saling membalas komen dan berperang mulut di laman sosial. Bagaimanapun, menurut portal Oh Bulan, komen-komen berkenaan telah pun dipadamkan di laman sosial usahawan terbabit.

Rata-rata ramai peminat Che Ta mempertahankan tindakan pelakon kesayangan mereka kerana menganggap isu tidak membayar cukai tidak sepatutnya dipanjangkan sehingga menghina seseorang. Malah ramai juga yang turut meminta Che Ta supaya terus bersabar dengan dugaan yang melanda dirinya dan tidak mempedulikan kritikan orang ramai terhadap isu terbabit.

Terdahulu, Che Ta dikatakan terpaksa membatalkan majlis ulangtahun kelahiran Aaisya Dhia Rana yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di London kerana disekat untuk keluar negara berikutan mempunyai cukai tertunggak. Ramai yang mendakwa Che Ta seolah sengaja mengelak untuk membayar cukai terbabit kerana kemewahan yang dipamerkan beliau sekeluarga.

Carian yang berkaitan: