Jamal Cedera Di Muka & Hidung, Dakwa Diserang Dekat Ampang

121 views

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos cedera pada muka dan hidungnya selepas didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian dekat sebuah pasar raya di Ampang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Gerakan Merah Malaysia (GNGOM) itu bersama 150 pengikutnya dikatakan bertembung dengan kumpulan yang memakai baju kuning dipercayai Bersih.

Kekecohan dikatakan berlaku akibat pertembungan dua kumpulan itu sebelum Jamal diserang dan ditumbuk individu tidak dikenali.

Akibat serangan itu, Jamal cedera di muka dan hidungnya berdarah sebelum kekecohan itu dileraikan beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Jamal kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Ampang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff ketika dihubungi BH mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang menyiasat kes terbabit.

Sumber: BH Online

Carian yang berkaitan: