Jual Anak Berusia Sebulan Dekat EBay

239 views

pay-cen_ebaynewborn_01

Kes jual bayi di eBay masih lagi dalam penyiasatan pihak polis Jerman.

Seorang bayi perempuan berusia 1 bulan, yang tinggal di Duisburg di North Rhine-Westphalia, barat Jerman telah dijual di eBay pada harga £4,510 (RM 23,167). 

“Bayi, 40 hari bernama Maria untuk dijual,” tulis iklan itu.

Pihak eBay mula menyedari tentang iklan pelik tersebut selepas ianya menjadi viral di media sosial serta forum-forum online.

Sejurus iklan tersebut diturunkan, pihak eBay terus membuat laporan polis.

Pengguna yang bertanggungjawab memuat naik foto bayi tersebut telah disenarai hitam kan oleh eBay.

Sekiranya benar mereka cuba menjual anak kecil itu, kami harap hukuman setimpal akan dikenakan kepada mereka yang tak bertanggungjawab. Tapi kalau mereka hanya ingin bergurau, maaf gurauan tersebut tidak menjadi.

pay-cen_ebaynewborn_03

Sumber: Sinar Harian

Carian yang berkaitan: