Juruterbang Lamar Kekasih Atas Pesawat Guna Interkom

32 views

Seorang juruterbang Qantas membuat kejutan apabila melamar kekasihnya berkahwin menerusi sistem interkom ketika pesawat berada di atas udara.

Kapten Dooley Ellis membuat pengumuman lamaran itu di atas sebuah pesawat yang sedang terbang dari Melbourne ke arah Los Angeles yang dinaiki lebih 500 penumpang.

Ellis berkata: “Kita ada seorang penumpang yang sangat istimewa hari ini – nama dia Anna. Dia sedang dalam perjalanan untuk bertemu keluarganya di Amerika Selatan dan saya mahu pastikan dia datang balik kepada saya di Australia.

Jadi saya mahu perhatian penuh darinya …. quieres casarte conmigo? Adakah kamu akan mengahwini saya?

Kapten itu kemudian berjalan ke arah kabin kelas bisnes dengan membawa sebentuk cincin dan sejambak bunga untuk Anna.

Anna kemudian berkata: “Ya”.

Qantas berkongsi video terbabit di media sosial dan setakat ini telah ditonton lebih 400,000 kali.

Sumber: IE

Incoming search terms:

loading...
loading...