Kakitangan Malindo Air Cedera Petir Sambar Troli Yang Sedang Digunakannya

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Seorang kakitangan syarikat penerbangan Malindo Air cedera disambar petir ketika sedang meletakkan bagasi di atas troli di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, di sini petang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy yang mengesahkan kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berkata, keadaan kakitangannya kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan, namun enggan memberikan sebarang butiran mengenai mangsa.

Difahamkan, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, dekat sini. - UTUSAN ONLINE

Sumber: Utusan Online

Scroll to top