Kontroversi Gegar Vaganza Yang Melampau, Alyah Akan Ambil Tindakan

174 views

Kontroversi Gegar Vaganza Yang Melampau, Alyah Akan Ambil Tindakan

Ekoran penyingkiran Elly di Gegar Vaganza, ramai peminat penyanyi ini menyalahkan Dato Ramli MS.

Rata-rata menyalahkan juri tetap Gegar Vaganza ini sebagai punca Elly Mazlein terasa hati dan menarik diri.

Memang teruk Ramli MS (Tok Ram) dikecam orang ramai. (BACA SINI).

Selain Ramli MS, isterinya iaitu Datin Alyah turut terpalit sama. Ada juga yang menyerang Alyah di laamn sosial kerana hal berkenaan.

Alyah akui menerima kecaman teruk di laman sosial dan menerima beberapa mesej serta panggilan telefon.

Bagi Alyah, dia akan mengambil tindakan terhadap peminat setia penyanyi Elly Mazlein sekiranya masih menyerangnya di laman sosial.

Tindakan itu dirasakan jalan terbaik selepas dia turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman.

Ini kenyataan Alyah: (HarianMetro)

“Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil.

“Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis,”

“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.

“Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” 

P’s: Sampai macam tu sekali, dengan Alyah sekali kena hentam. Hmmm.

Carian yang berkaitan: