Lari Selepas Ditanya Wartawan Mengenai Harga Minyak, Ini Jawapan Ahmad Maslan Kenapa Beliau Lari

Sejak semalam tersiar sebuah video yang menunjukkan kelibat Dato Ahmad Maslan yang merupakan Timbalan Menteri Perdangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) di mana di dalam video berkenaan menunjukkan beliau seolah mengelak atau melarikan diri apabila ditanya mengenai kenaikan harga minyak.

Tindakan beliua itu telah mendapat pebagai andaian dan kritikan daripada netizen di mana video berkenaan dikongsi oleh ramai orang.

Ahli parlimen Pontian berkenaan melalui Twitternya telah tampil menjawab kenapa beliau lari dari menjawab soalan berkenaan.

Menurut beliau, dia tidak menjawab soalan berkenaan kerana perkara berkatian minyak berkenaan adalah dalam bidang kuasa MOF sementara minyak masak adalah di bawah bidang KPDNKK, sedangkan beliau kini di bawah MITI.

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) November 1, 2016

Beliau melalui laman Twitternya juga berpesan kepada orang ramai atau pengguna supaya membuat aduan kepada pihak KPDNKK jika berlaku aktiviti pencatutan, salah guna barang subsidi, kenaikan harga barang dan barang tiruan. – Siakapkeli.my

Carian yang berkaitan: