Lelaki Tembak 2 Anak Panah Tepat Ke Arah Jantung Untuk Bunuh Diri, Tapi Gagal



ST PETERSBURG - Hasrat seorang lelaki yang mahu membunuh diri menemui jalan buntu apabila anak panah kedua yang ditembak tepat ke arah jantungnya gagal menyebabkan dia maut.

Menurut portal Dailymail doktor berjaya menyelamatkan lelaki berusia 53 tahun itu dengan mengeluarkan jantungnya buat sementara.

Pakar jantung di Elizabethan Hospital, Rusia membuat pembedahan menakjubkan itu yang mana memerlukan jantung tersebut dipisahkan dari badan, membaiki kerosakan dan mengganti organ-organ di dada lelaki berkenaan.

Tambah Dailymail lagi, lelaki itu sempat membuat pengakuan kepada ahli medik bahawa di cuba membunuh diri kerana tidak mahu hidup lagi.

Doktor kemudian berjaya menyatukan kembali jantung lelaki itu ke badannya dan setakat ini keadaannya dilaporkan 'stabil tapi serius'.

Mangsa dipercayai melakukan cubaan membunuh diri tersebut di kediamannya di bandar Primorsky.

Sumber: Dailymail

Incoming search terms:

loading...
loading...