Pasaraya Shanghai Buka Nurseri Khas Untuk Tinggalkan Para Suami Ketika Isteri Beli-Belah

Sebuah pasaraya di Shanghai membuka kemudahan 'nurseri suami' bagi membolehkan suami menghabiskan masa di pasaraya itu sementara isteri pergi membeli belah.

'Bilik magis' itu berada di tingkat tiga pasaraya Vanke di Qibao.


Bilik nurseri terbabit mengandungi majalah, surat khabar, tv dan sekurang-kurangnya empat kerusi termasuk satu kerusi urut yang disediakan untuk para suami beristirehat dan tidak melibatkan diri dari membeli-belah.

Selain bilik nurseri, pasaraya itu juga membekalkan kemudahan kelas kanak-kanak dan rumah pokok.

Sumber: Shanghaiist

Scroll to top