Pesawat Tempur MiG-29 Rusia Terhempas di Laut Mediterranean, Juruterbang Selamat

Sebuah pesawat tempur MiG-29 milik Rusia terhempas di Laut Mediterranean.

Kejadian itu disahkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia yang berkata pesawat itu terhempas susulan berlaku masalah teknikal ketika mahu mendarat di atas kapal karier Admiral Kuznetsov.

Juruterbang pesawat itu sempat keluar sebelum nahas dan diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Sebelum ini, pihak Amerika mengeluarkan laporan tentang kejadian.

Sumber: SKY

Scroll to top