Petua Rambut Lurus Secara Semulajadi Tanpa Perlu Ke Salon

66 views
url_3e8e8fe8-be24-4fbf-b186-9d7fa972c90f

Imej dari BeautePOP

Penggunaan bahan kima yang kerap boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti rambut gugur, kulit kepala rosak, rambut kering dan banyak lagilah masalah yang timbul.

Tahukah anda, bahan semulajadi yang terdapat di rumah juga boleh digunakan untuk sihat, bersinar dan lurus? 

Nah, berikut merupakan tips yang anda boleh cuba supaya rambut mudah lurus, sihat dan cantik:

1. Aloe Vera

Aloe vera dapat menjadikan rambut lembut serta lembap. Terdapat enzim yang boleh membantu pertumbuhan rambut.

Cara-caranya:

Campurkan setengah cawan gel aloe vera dengan minyak zaitun yang suam

Sapu pada kulit kepala serta rambut sambul urut perlahan-lahan

Bungkus kepala anda dengan showercap dan biarkan selama dua jam, lepas tu cuci.

2. Susu

Susu juga mengandungi pelembap semulajadi.

Cara-caranya

Campur setengah cawan susu (susu kotak) dengan setengah cawan air putih

Masukkan susu tersebut ke dalam botol

Sikat rambut dan sembur campuran tadi pada rambut

Biarkan selama 30 minit, kemudian syampu dan bilas.

3. Minyak Kelapa

Lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut sihat. Haba yang dihasilkan dapat mengawal rambut yang beralun untuk lurus.

Cara-caranya

Panaskan minyak dengan menggunakan microwave selama 20 saat

Sapu minyak SUAM ke rambut dan urut kepala anda selama 15 hingga 20 minit

Sikat rambut anda gar minyak diserap dengan sekata

Bungkus rambut anda dengan tuala panas selama 30 – 40 minit. Kemudian, syampu dan bilas.

Sikat rambut sebelum ia dikeringkan

4. Telur dan Minyak Zaitun

Telur membantu menjadikan rambut sihat dan bersinar. Minyak zaitun pula memberi kelembapan pada rambut anda.

Cara-caranya

Pukul sebiju telur dan masukkan empat sudu mintak zaitun

Sapu pada rambut dan kulit kepala

Sikat rambut anda guna sikat jenis bergigi jarang

Balut kepala dengan shower cap selama 30 hingga 40 minit. Kemudian, syampu dan bilas.

Sumber: Sirap Limau

Incoming search terms:

loading...
loading...