Ramli MS Perjelas Mengapa Elly Tersingkir? Rujuk Semula Rakaman Nyanyian Elly Semalam Dan Kamu Semua Boleh Nilai Sendiri

 

Habis kecoh dunia laman sosial satu Malaysia (bagi yang layan Gegar Vaganza) apabila Elly Mazlein telah mengambil keputusan untuk menarik diri. Malah bagi peminat Elly, Ramli MS buat masa ini sangat dibenci malah juri tersebut turut dikatakan tidak professional.

Rakaman Nyanyian Elly Minggu 4 GV3

Menurut Elly dalam temubual ringkas Datuk Vida bersama Elly yang dimuatnaik di Instagram milik usahawan wanita berkenaan, dia merasakan komen daripada Ramli MS adalah keterlaluan. Tidak dapat menahan sebak, Elly juga dilihat beberapa kali mengesat air mata yang mengalir berlinangan di pipi.

Carian yang berkaitan: