Remaja Hilang Sudah Ditemui, Selamat Disatukan Kembali Dengan Keluarga

Kuala Lumpur, 18 Nov - Remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang pada Selasa lepas telah ditemui dan selamat disatukan kembali dengan keluarganya.

Perkara itu disahkan oleh ibu saudara remaja tersebut di laman Facebook sebentar tadi.

"Alhamdulillah Aliaa telah pulang dgn selamat kepangkuan keluarga. 

"Terima kasih kepada yang banyak memberi bantuan dan semangat sepanjang melalui ujian ini. Terima kasih atas doa-doa kalian.", tulis Juliani Nazar.

Namun punca dan kemana remaja itu menghilangkan masih tidak terjawab.

Aliaa Syafiqah Nazar, 13, dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Keluarga mula menyedari kehilangan Aliaa apabila memeriksa dia tiada di bilik pada waktu pagi.

Rakaman CCTV menunjukkan Aliaa memasuki sekolah pada 5.20 pagi dan keluar semula beberapa minit selepas itu dengan memakai baju berbeza.

Sumber: NST

Scroll to top