Rumah Tangga Goyah, Ini Pengakuan Diana Danielle

169 views
Pada: Isnin, 7 November 2016
Berita Artis, Diana Danielle, Farid Kamil, Gossip Artis, Pelakon, Perceraian Artis, Rumah Tangga, Suami Isteri,

Dengar khabar hujung minggu lalu, dimana rumahtangga Diana Danielle dan Farid Kamil goyah. Ini ditambah sumber memetik Bharian Online, yang salah satu daripada mereka sudah mendapat nasihat peguam syariah.

Diana juga pernah sunyi beberapa lama ketika berkahwin dengan Farid, dan kini beliau sudah aktif semula dengan pelbagai acara hiburan.

Diana juga mengakui hadir ke Mahkamah Syariah pada minggu lalu tetapi enggan menyatakan sebab utama dirinya berbuat demikian.

“Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan,

“Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin (dari 3 November 2012) belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,” katanya.

Biarpun masih berteka-teki mengenai status rumah tangganya, sumber memaklumkan kemelut perkahwinan pasangan itu sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Tag : Berita Artis , Diana Danielle , Farid Kamil , Gossip Artis , Pelakon , Perceraian Artis , Rumah Tangga , Suami Isteri

Carian yang berkaitan: