Satu Kampung Jadi Jutawan Sekelip Mata, Terima RM 11 Juta Setiap Seorang Selepas Hartawan Kelahiran Kampung Itu Meninggal Dunia

Antonino Fernandez

Kesemua 80 orang penduduk di sebuah kampung terpencil di Cerezales del Condado menjadi jutawan dalam sekelip mata selepas seorang hartawan yang berasal dari kampung itu meninggal dunia.

Hartawan itu, Antonino Fernandez, mewasiatkan sejumlah wang 169 juta pound diberikan kepada setiap penduduk, menjadikan setiap dari mereka menerima lebih kurang 2 juta pound (RM 11 juta).

Antonino meninggal dunia pada Ogos lalu di usia 99 tahun.

Fernandez merupakan anak ke-11 daripada 13 adik beradik dan berhijrah ke Mexico pada 1949 ketika berusia 32 tahun.

Fernandez dilahirkan pada 13 Disember 1917 dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Pada usia 14 tahun, dia terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya tidak mampu membayar yuran sekolah.

Selepas Perang Saudara Sepanyol, Fernandez berpindah ke bandar Leon dan berkahwin dengan Cinia Gonzales Diez.

Hidup Fernandez mula berubah apabila bapa saudara isterinya; yang memiliki syarikat Grupo Modelo; mengajak mereka untuk berhijrah ke Mexico dan mula bekerja di syarikat itu.

Fernandez memulakan kerja sebagai pekerja gudang di syarikat tersebut.

Fernandez kemudian dilantik sbagai CEO pada 1971 dan menghasilkan bir Corono, minuman keras yang popular di Mexico dan mendapat permintaan tinggi di Sepanyol.

Beliau memegang jawatan CEO sehingga 1997 dan Pengerusi Lembaga Pengarah sehingga 2005 dengan kedua-dua peranan itu kemudiannya diambil alih oleh anak saudaranya, Carlos Fernandez Gonzalez.

Fernandez kekal sebagai Pengerusi Kehormat Grupo Modelo sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Corona Extra merupakan bir kedua mendapat permintaan tertinggi di Amerika Syarikat dengan jualan tahunan sebanyak AS$693 juta (556 juta pound).

Sumber: Guardian

Carian yang berkaitan: