“Saya Kenal Siapa Dia” Ogy Tahu Drama Elly Mazlein. Menurut Ogy Juga, Elly Bukanlah Sesiapa Yang Patut Diberi Perhatian Dalam Industri Ini!

Berikutan penyingkiran Elly Mazlein pada konsert Gegar Vaganza minggu lalu, bukan sahaja Ramli MS yang dipersalahkan kerana memberi kritikan yang menjatuhkan namun Ogy Ahmad Daud juga dihentam netizen kerana kenyataannya di Instagram.

“Dia pernah berlakon dalam drama arahan saya dan saya kenal siapa dia. Apa yang dilakukannya di atas pentas GV3 adalah ‘dramanya’ semata-mata,” katanya.

Walaupun dihentam oleh peminat Elly Mazlein, Ogy tetap dengan pendiriannya. Menurut Ogy juga, Elly bukanlah sesiapa yang patut diberi perhatian dalam industri ini.

“Mereka menghina dan melemparkan komen-komen negatif terhadap saya. Sepanjang empat dekad berada dalam industri hiburan, saya sudah berdepan pelbagai ancaman. Bagi saya, apa yang berlaku ini ibarat hembusan angin yang tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya.

“Saya memang tidak suka melayan komen-komen pengikut yang mindanya tidak merdeka. Saya hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran,” katanya.

“Saya terima gelaran itu dan tidak marah dengan kenyataan yang diberikan. Saya menghormatinya kerana cukup berpengalaman dalam dunia hiburan tanah air,” katanya Elly Mazlein yang tak terasa dengan sindiran dan kritikan Ogy.


Oleh: Aimi Nordin Sumber: Hmetro

Incoming search terms:

loading...
loading...