Siti Salehah Selamat Bertunang Dengan Lutfi Azhar (7 Gambar)

2374 views
Pada: Ahad, 27 November 2016
Gambar Artis, Instagram, Pelakon, Pertunangan, Siti Saleha, Tunang Artis,

Selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, Siti Saleha selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasih hatinya, Lutfi Azhar pada majlis tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri pada jam 11 pagi semalam. Lutfi, seorang pegawai kerajaan, hadir bersama rombongan keluarganya. Pihak lelaki menyerahkan lima dulang yang dibalas lima dulang oleh pihak perempuan.

“Saya mahukan majlis pertunangan yang ringkas dan tertutup. Disebabkan itulah, saya hanya mengundang ahli keluarga dan kenalan rapat saja.

“Bukan mahu menyorok hari bahagia, tetapi ini hanya majlis pertunangan. Saya mahukan ruang peribadi untuk keluarga,” kata Siti Saleha memetik BharianOnline

Tag : Gambar Artis , Instagram , Pelakon , Pertunangan , Siti Saleha , Tunang Artis

Carian yang berkaitan: