Syarikat Katering di China Tangguh Gaji Pekerjanya Pada Bulan Ini Kerana Risau Mereka Akan Habiskan Kesemuanya Pada 11.11

Kemeriah 11.11

China - Sebuah syarikat katering di Chongqing mempunyai cara yang pelik untuk menunjukkan perasaan mengambil berat terhadap pekerjanya - iaitu dengan tidak membayar gaji pekerjanya bulan ini.

Hari ini, tarikh 11.11 merupakan hari bujang di China dan juga merupakan hari berbelanja bonanza terbesar untuk tahun ini.

Malah, menurut Alibaba hari ini merupakan hari bersejarah dalam 5,000 sejarah China apabila Alibaba berkata mereka berjaya menjana $12 billion dalam masa 12 jam bonanza itu dijalankan.

Disebabkan keghairahan itu, pekerja-pekerja katering di syarikat tersebut tidak dibayar gaji.

Pengurus syarikat tersebut yang berusia 31 tahun berkata kesemua pekerja akan mendapat gaji semua gaji mereka pada bulan depan supaya mereka tidak menghabiskan kesemuanya ketika bonanza beli belah itu.

Syarikat tersebut memberitahu keputusan kontroversi itu menerusi satu notis di pintu masuk.

Notis itu juga menjelaskan mengapa syarikat itu bertindak sedemikian.

Menurut pengurus itu juga, dia bertindak seperti itu disebabkan pengalamannya sendiri pada tahun lepas yang mana membelanjakan hampir 20,000 Yuan (RM12,800) membeli barangan online termasuk sebuah komputer berharga 8,000 Yuan (RM5,000) yang jarang digunakan.

Tambahnya lagi, dia mula membuat keputusan itu apabila terperasan pekerjanya mula memilih-milih barang untuk dibeli pada 11.11.

Sumber: Shanghaiist

Scroll to top