Tak Tahan Kena Maki Orang Ramai, Kak Oggy Nekad Dedah Aib & Sikap Sebenar Elly Mazlien

Berita Elly Mazlein menarik diri kerana tidak tahan dengan hinaan Datuk Ramli MS sebagi juri Gegar Vaganza 3 hangat diperkatakan hari ini. Disebalik ramai yang bersimpati dengan penyanyi itu, Ogy Ahmad Daud pula seperti mencurahkan api didalam bara apabila beliau dengan lantangnya menyokong penyingkiran Elly yang hanya berdrama lebih didalam program itu.
“Ini IG saya dan saya berhak utk menulis apa yang saya nak. You all tak suka saya dan tak suka baca komen saya tak perlu baca. Saya pun tak hard up nak jadi juri GV. Dan saya nak kais pagi ke, tak hidup mewah ke yang penting saya tak ganggu orang lain meminta-minta”
“So you people that don’t like me that’s your problem and this is my IG. Go get a life. Yang duk cakap saya ni nenek suatu hari awak juga akan jadi nenek. End of story. Cerita saya berhijrah dan bertudung bukan urusan awak yang duk mengata,” tulisnya menerusi akaun Instagram.
Pergaduhan itu bermula apabila Ogy membalas komen salah seorang peminat sambil mengkritik persembahan Elly pada malam itu, yang akhirnya mengundang kepada perang mulut diantara beliau dan peminat Elly Mazlein yang mempertahankannya. Lebih panas lagi apabila peminat mula membandingkan kedudukannya sebagai selebriti yang tidak lagi relevan pada ketika ini.
Walau apapun, Elly telah pun membuat keputusan untuk menarik diri, tidak kira apa sebabnya mungkin itu adalah yang terbaik untuk dirinya. Sebagai orang luar tidak perlulah kita mengkritik sehingga bergaduh sesama sendiri. Nama pun program menyanyi, siapa tahu mungkin Elly akan diumumkan masuk semula dalam program itu pada minggu akan datang.

Incoming search terms:

loading...
loading...