Tuduhan Kek Mewah Amar & Amyra Dikatakan Berulat, Ini Penjelasannya

Tuduhan Kek Mewah Amar & Amyra Dikatakan Berulat, Ini Penjelasannya


Satu kisah tentang 'kek mewah' ketika pernikahan Amar dan Amyra menjadi viral baru-baru ini.

Ada dakwaan mengatakan kek tersebut telah berulat kerana dibuat sebulan sebelum majlis.

Pembuat kek untuk majlis pernikahan Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Anne Idris tampil menafikan tuduhan tersebut.

Anne menjelaskan kek tersebut dibuat sehari sebelum majlis pernikahan pasangan itu berlangsung.

Tambahnya lagi, dia menggunakan bahan-bahan yang paling baik serta tahan lama berbanding kek biasa.

Ini komennya:

Persiapan Sebulan

"Saya terkilan ada komen-komen negetif mengatakan kek tersebut sudah berulat kerana dibuat sebulan lalu seperti viral di laman sosial.

"Sebulan yang saya maksudkan ialah persiapan untuk hiasan kek kerana saya perlu buat hiasan rama-rama bertatahkan batu swarovski.

"Untuk sebiji kek ia mempunyai kira-kira 11,000 biji batu swarovski jenis paling mahal dan ia bukan senang untuk dilekatkan,"


Bahan Mahal Dan Bertahan lama

"Kek begitu cantik memang rasa sayang nak makan, ada pelanggan saya sebelum ini makan kek itu selepas dua minggu dan ia disimpan dengan baik dalam peti ais.

"Sebab itu saya akan menggunakan bahan-bahan yang mahal dan boleh bertahan lama supaya ia boleh dimakan selepas selesai majlis,"


Tak Dedah Harga, Ada Perjanjian

"Saya dihubungi oleh ibu Amyra untuk urusan penyediaan kek ini dan saya tidak boleh dedahkan harga sebenarnya kerana ia terlalu peribadi dan kami ada perjanjian tertentu.

"Secara jujurnya ramai artis yang minta tajaan untuk majlis resepsi tapi ada yang terpaksa saya tolak atas sebab tertentu dan kekangan masa,"


Anne merupakan usahawan yang berjaya dan pemilik kedai kek "MyMumsBakery" yang sememangnya popualr dikalangan artis.
Scroll to top