Tujuan berhimpun: Baju Merah bagi jawapan merapu dan lucu

BILA ditanya oleh wartawan, apa tujuan penyokong Baju Merah berhimpun di Kuala Lumpur semalam, pelbagai jawapan merapu dan lucu diberikan.

Nampak sangat mereka tidak tahu pun apa sebab diajak berhimpun melainkan sekadar mengharap dedak seorang RM50 dan nasi bungkus.

Di bawah ini video rakaman temubual yang dibuat oleh wartawan Channel News Asia terhadap salah seorang peserta Himpunan Baju Merah. — Sila scroll untuk menonton video.


Bila ditanya oleh wartawan kenapa mereka berhimpun, penyokong Baju Merah menjawab:

"Untuk membuktikan rakyat tidak bersalah, eh sorry, a.... (membuktikan) yang Merah tak bersalah, terhadap fitnah itu fitnah ini..."

Bila wartawan tanya fitnah apa, dia mula bingung tak tahu nak jawab apa,

"Finah apa ha..." Dia pula persoalkan kenyataan yang dia sendiri buat.

Kemudian dia mula toleh kiri dan kanan harapkan rakan-rakan baju merah di sekeliling boleh berikan jawapan.

"Cakap je apa-apa," kata kawan-kawan di sekeliling membuatkan dia semakin bingung.

"Macam-macam fitnah daripada pihak Bersih," jawabnya spontan selepas tak tahu apa nak jawab.

Wartawan tanya lagi apa fitnah yang dibuat oleh Bersih.

"Apa yang Bersih kata pasal Baju Merah?" tanya wartawan membuatkan dia kelu lidah tak tahu nak jawab apa. Wartawan yang kasihan melihat gelagat penyokong Baju Merah tukar kepada soalan lain.

"So (datang) sini nak 'counter' (lawan) Bersih ke?" tanya wartawan lagi. 

Kali ini dia terpinga-pinga lagi, aku syak dia tak faham perkataan 'counter' yang digunakan oleh wartawan sebab itu dia semakin bingung tak tahu nak jawab apa.

Dia pun jawab "ya, ya, ya," sambil kepalanya mengangguk-angguk tapi nampak masih bingung. Sila klik video berikut untuk menonton sendiri kebodohan penyokong Baju Merah INI


Scroll to top