(Video) Pergaduhan Tercetus Apabila Suami Balik Rumah Dan Dapati Isterinya Bersama Penguin Lain

Satu pergaduhan tercetus apabila seekor penguin jantan yang baru pulang ke sarang mendapati isterinya bersama dengan penguin lain.

Setibanya ia di sarang, satu pergaduhan tercetus antara si suami dan kekasih gelap isterinya.

Selepas selesai pergaduhan menampar sayap berdarah, kedua-dua ekor penguin itu memanggil si penguin betina dan menyuruhnya memilih antara satu.

Namun malang buat si suami apabila isterinya memilih si pemecah belah rumah tangga itu.

Tidak mahu berputus asa, si suami mengekori dan menyerang penguin jantan itu ketika ia memasuki sarang bersama si isteri.

Sekali lagi pergaduhan berdarah tercetus dan si suami teruk dikerjakan oleh kekasih gelap isterinya sehingga darah membasahi seluruh badan.

Kemudian, si suami sekali lagi memanggil isterinya untuk memilih antara satu. Namun retak hatinya apabila si isteri sekali lagi memilih kekasih gelapnya biarpun dia sudah mempunyai anak hasil hubungan dengan suaminya.

Si suami kemudian pergi meninggalkan kedua-dua penguin tersebut.

Video kejadian di rakam dan dimuat naik oleh National Geographic.

Carian yang berkaitan: