(Video) Ular Hijau Bergayut Pada Siling Pesawat Cetus Panik, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas

MEXICO – Kemunculan seekor ular yang dilihat bergayut pada siling sebuah pesawat menyebabkan penumpang panik dan pesawat tersebut mendarat cemas.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku dalam pesawat penerbangan Aeromexico 231 yang dalam perjalanan dari Torreon ke Mexico City.

Kemunculan ular itu dirakam oleh seorang penumpang yang kemudian memuat naik video itu di media sosial.

La vibora voladora…ja ja ja. Una experiencia única en el Vuelo Torreón-México, vuelo 231 de Aeroméxico. Eso si…Prioridad en aterrizaje. pic.twitter.com/qwDk6Wtszw

— Indalecio Medina (@Inda_medina) November 6, 2016

Saya sedang baca majalah dan penumpang di sebelah saya ternampak ular itu“, kata Medina yang menganggarkan ular itu sepanjang satu meter.

Penumpang dengan segera mengosongkan bahagian tempat duduk di tempat ular itu bergayut.
Selepas ular itu jatuh ke lantai, penumpang dengan beraninya memerangkap reptilia itu dengan kain yang disediakan oleh attendan penerbangan.

Kami tangkap ular tersebut dan membalutnya di dalam selimut, kemudian kami berikan majalah untuk ia baca,” kata Medina.

Laporan media tempatan mengadakan ular tersebut dari spesis Viper hijau yang beracun.

Kejadian berkenaan memaksa kakitangan pesawat berjumpa dengan juruterbang dan merancang pendaratan kecemasan. Tiada yang cedera dalam kejadian tersebut.

Di media sosial, orang ramai menyamakan adegan cemas itu dengan filem lakonan Samuel Jackson, Snake on a plane.

Sumber: TNW

Incoming search terms:

loading...
loading...